Bayangkan Tiada Lagi Pelapis Ulama' & Pakar Rujukan Agama Di Masa Hadapan..

Kerana Kita Tidak Menghulurkan Tangan Membantu Mereka Sekarang..

Bersedekahlah. Semoga asbab sedekah anda ini terbukanya pintu rezeki & dimakbulkan hajat tuan/puan.

Akademi Tahfiz Al Islah Global
No Akaun: 26601600017149
Bank: RHB Bank

Inilah Realiti Yang Berlaku Pada Sekolah Tahfiz Sekarang:

Majoriti pusat tahfiz tersepit dengan kewangan akibat pandemik yang melanda termasuklah pihak kami..

Jika Sumbangan RM30 Anda Mampu Menyelamatkan Akidah & Masa Depan Anak-Anak Yatim, Sudikah Anda Hulurkan Bantuan Untuk Membantu?

Mohon maaf jika kami terpaksa merayu sumbangan daripada tuan/puan kerana..

Pandemik Yang Berpanjangan Membuatkan Sumber Pendapatan Lain Kami Terjejas Lebih Teruk..

Serius, Kami Risau Tentang Nasib 300 Pelajar Tahfiz & 25 Guru Tahfiz Kami..

300 pelajar tahfiz & 25 orang guru memerlukan bantuan anda.. 

Infaq Dana Pembangunan Tahfiz-Tahfiz Kebajikan Al Islah

Program infaq ini dianjurkan oleh Akademi Tahfiz Al Islah iaitu satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan.

Akademi Tahfiz Al Islah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D)

Sebelum wabak COVID-19, kami mengadakan pelbagai program berbayar seperti jemputan ceramah di masjid & kelas berbayar mengaji Quran untuk orang ramai. Alhamdulillah, program-program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu, kami juga melakukan jualan produk di ceramah-ceramah

Hasil kutipan daripada sumber-sumber inilah membolehkan kami membiayai kos pengurusan para pelajar tahfiz kebajikan tanpa perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Malangnya oleh kerana wabak COVID19 & pelaksanaan PKP yang berpanjangan, banyak program/ceramah kami terpaksa dibatalkan dan kami kehilangan salah satu sumber UTAMA kewangan kami..

Untuk info tuan/puan, tahfiz- tahfiz di bawah Akademi Tahfiz Al Islah adalah berkonsepkan “tahfiz kebajikan”. Di mana, pelajar diberi penginapan & pengajian Al Quran secara PERCUMA tanpa yuran sesen pun

Hampir keseluruhan penghuni tahfiz- tahfiz kebajikan kami adalah anak yatim serta anak asnaf, tuan/puan..

Mereka sudah bertahun hidup di jalanan.. ada yang sudah kehilangan ibu atau ayah.

Ada yang tidak pernah merasa pergi ke sekolah. Ada yang kerja harian mereka mencari tin-tin kosong semata-mata untuk mencari duit untuk makan setiap hari.

Kami ambil mereka.. kami berikan mereka tempat tinggal PERCUMA. Kami bagi mereka pendidikan PERCUMA.

Dari tak pandai solat, kami bantu sehingga boleh menjadi imam.

Dari yang tidak pandai membaca Quran, kami ajarkan sehingga mampu menghafaz juzuk-juzuk Quran. Alhamdulillah..

Tetapi..kami mempunyai sumber dana yang amat TERHAD.. Ditambah pandemik COVID19 yang berpanjangan semakin menekan sumber kewangan kami..

Perjuangan & Misi Besar Kami

Dengan kerjasama NGO: Pertubuhan Sayang Al Quran

Akademi Tahfiz Al Islah & Pertubuhan Sayang Al Quran adalah penganjur utama Konvensyen Islamik Digital (KID)  2021 baru-baru ini.

Kami juga melancarkan program i-Huffaz, iaitu program tahfiz online baru-baru ini. 

Pengenalan

Mengenai Kami Akademi Tahfiz Al Islah

Akademi Tahfiz Al Islah  adalah satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan. Akademi Tahfiz Al Islah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A)(Sdn.Bhd.) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .

Antara misi terbesar Akademi Tahfiz Al Islah adalah memastikan golongan anak asnaf diberi perlindungan dan tidak ketinggalan dalam agama & pendidikannya seperti anak-anak yang lain.

Kami tidak mahu melihat anak-anak asnaf ini rosak masa depannya hanya kerana mereka tidak bernasib baik  seperti anak-anak lain. Mereka ini anak-anak muslim tuan/puan.. kami mengambil tanggungjawab ini untuk membentuk mereka menjadi muslim yang berguna pada agama & negara.

Anak yatim/ anak asnaf yang ditempatkan di Tahfiz Kebajikan kami diberi penginapan secara PERCUMA dan diberikan pendidikan juga secara PERCUMA melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Pembinaan bangunan baru tahfiz As Siddiq di Teluk Panglima Garang

Penyerahan pelan pembinaan kompleks tahfiz Imam Centre di Teluk Panglima Garang.

Rayuan Sumbangan Dana Pengurusan Tahfiz Kebajikan

Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 12 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:

Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.

Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.

Keperluan Mendesak Kami

4 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:

1) Pembayaran bil utiliti & kos operasi

2) Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman.

3) Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami

4) Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar, almari & tilam baru.

Minima Tanggungan untuk seorang pelajar: RM500

Minima Gaji seorang guru: RM1,200

Berapa Yang Diperlukan ?

Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 250,000 setiap bulan bagi menanggung kos pengurusan operasi 12 cawangan Tahfiz ini yang perlu dibayar demi keberlansungan penjagaan & pendidikan mereka.

Ke Mana Sumbangan Anda Digunakan?

Pecahan dana bulanan adalah seperti berikut : 

**Kos di bawah adalah anggaran dana yang diperlukan

Pembayaran bil utiliti & kos operasi (RM30,000)

Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman (RM30,000)

Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk mengajar para pelajar tahfiz kami (RM40,000)

Kos menaiktraf kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti bangunan, perabot, meja belajar (RM50,000)

Bagaimana Anda Boleh Membantu ?

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” (HR. At-Tirmidzi)

Kami mencari 2,000 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM50 sahaja setiap bulan bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.

Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

01

PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300

02

PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200

03

PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100

04

PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25

05

PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Jangan Tinggalkan Mereka Tuan/puan...

Kami ke arah membimbing mereka semua untuk menjadi Al Hafiz penghafaz Al Quran.
Mungkin kerana mereka asbab kita sama-sama ditarik masuk ke syurga bersama-sama mereka.. Amiin..

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..

Bersedekahlah hari ini. Semoga asbab sedekah anda ini terbukanya pintu rezeki & dimakbulkan hajat tuan/puan. Amiin..

Pemilik Akaun: Akademi Tahfiz Al Islah Global
No Akaun: 26601600017149
Bank: RHB Bank

Atau, Isikan Borang Di Bawah Untuk Sumbangan Secara Online:

PENAFIAN:

1. Kami menggunakan payment gateway Toyyibpay (ANSI SYSTEMS SDN BHD). Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj daripada Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 014-392 1515 (USTAZ SAIFUL)