PELUANG TERAKHIR UNTUK REBUT PAHALA BERGANDA RAMADAN?
Pecutan Terakhir! Masih ada kesempatan lagi untuk kumpul pahala sebanyak mungkin di Bulan Ramadan ini. Jumaat terakhir Ramadan. Keistimewaan pahala berganda ni takkan ada pada bulan-bulan lain.
Tuan Puan, kami menyeru kepada anda untuk turut sama membantu kami menaik taraf pembinaan Tahfiz ini supaya anak-anak ini dapat belajar dan menghafal Al-Quran dengan lebih selesa.
Hulurkan sumbangan anda ke:
Pemilik Akaun: Baitul Islah Centre
No Akaun: 8604515948
Bank: CIMB Bank
RM250,000.00 DANA DIPERLUKAN UNTUK MENYIAPKAN PROJEK PEMBANGUNAN FASA 2
Tuan Puan yang dirahmati Allah SWT,
ALHAMDULILLAH! Fasa 1 untuk tahfiz ini TELAH pun siap, hasil sumbangan orang ramai.
Pembinaan Fasa 2 juga berjalan lancar sebelum ni, namun tiba-tiba kawasan pembinaan ini dilanda banjir. Bukan sekali, tapi 2 kali berturut-turut pada tahun lalu. Habis rosak bahan-bahan pembinaan ditenggelami banjir. Menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian besar.
Sebab itulah kami sedang mengumpul semula dana bagi kos pembinaan yang baru supaya pembinaan fasa 2 ini dapat disiapkan cepat untuk pelajar tahfiz belajar dengan selesa. Supaya tidak lagi terganggu pembelajaran mereka. Semakin hari, permohonan kemasukan pelajar baru juga semakin bertambah!
DENGAN SEDIKIT INFAQ, AYUH BANTU TUKARKAN TANAH LAPANG INI MENJADI SEBUAH TAHFIZ YANG SELESA
Dengan SERENDAH RM30 yang tuan puan berikan pada hari ini, dapat BANTU siapkan beberapa fasiliti yang kami nak siapkan untuk FASA 2 ini, antaranya ialah :
ASRAMA PELAJAR
DEWAN MAKAN PELAJAR
TEMPAT PEMBELAJARAN MEREKA
TEMPAT BERIBADAH
BESAR PAHALANYA MEMBANTU ANAK-ANAK BELAJAR DI JALAN ALLAH
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke
dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)
Untuk pengetahuan anda, Akademi Tahfiz Al Islah ini memberikan TAJAAN PENUH kepada pelajar-pelajar asnaf dan yatim. Terkini, terdapat 13 buah cawangan tahfiz di bawah akademi Tahfiz Al Islah.
TIDAK AKAN MISKIN ORANG YANG BERINFAQ KE JALAN ALLAH
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK YATIM & ASNAF INI “TERLEPAS” ILMU AGAMA
Tuan puan, bayangkan jika kita tidak membantu, berkemungkinan besar, anak-anak ini akan kambali ke jalanan dan KEMUNGKINAN BESAR akan terlepas ilmu agama. Malah, mungkin pelapis ulamak juga semakin lenyap.
BANTUAN ANDA HARI INI IBARAT WAKAF DI AKHIRAT KELAK
Rasulullah SAW bersabda:
"Manusia yang terbaik adalah yang bermanfaat bagi manusia lainnya, orang yang senang berbuat kebaikan pada hari kiamat kelak termasuk kelompok yang selamat dari murka Allah. Barangsiapa menutupi kekurangan seorang muslim, maka Allah akan menutupi kekurangannya. Barangsiapa melepaskan seseorang dari kesusahan yang dihadapi, maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa membantu hajat kebutuhan sesamanya niscaya Allah Ta'ala akan mencukupi kebutuhannya”
Ayuh.. kita bantu anak-anak tahfiz ini meneruskan perjuangan mereka menjadi hafiz dan hafizah. Infaq pembangunan tahfiz.
PELUANG TERAKHIR REBUT PAHALA 1,000 BULAN MALAM LAILATUL QADAR!!
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)
Berikan sinar dan senyuman buat anak-anak tahfiz ini
Anda bukan sahaja dapat pahala bersedekah, malah pahala mengalir berterusan dalam akaun saham akhirat anda selagi mana berdirinya pusat tahfiz ini.
Hulurkan sumbangan anda ke:
Pemilik Akaun: Baitul Islah Centre
No Akaun: 8604515948
Bank: CIMB Bank
Atau, Isikan Borang Di Bawah Untuk Sumbangan Secara Online:
Penafian:
Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 014-392 1515 (USTAZ SAIFUL)