BULAN RAMADAN, BULAN PESTA IBADAH

Rebut Pahala Berganda, Beri Makan Anak Yatim Dan Asnaf Pada Bulan Puasa

Ramadan baru bermula beberapa hari lagi.. Ayuh rebut peluang tambah pahala sedekah Ramadan ini sebagai bekalan kita di sana.

Akademi Tahfiz Al Islah Global

No Akaun: 26601600017149

Bank: RHB Bank

Dahsyat! Hanya dengan memberi minum air, Saidina Umar RA. mampu mendapat pahala puasa seluruh penduduk Madinah. Menariknya, bukan Saidina Umar sahaja boleh dapat pahala seperti itu, tapi kita juga!

Inilah keberkatan bulan Ramadan dan kemulian pahala buat orang yang memberi makan orang berpuasa.

Mari rebut peluang pahala ini dengan menyantuni anak-anak tahfiz kami yang tergolong dari golongan asnaf dan yatim piatu untuk berbuka puasa.

Bayangkan, sedang anak-anak kita gembira dan ceria berbuka puasa bersama keluarga, namun anak-anak ini hanya mampu menagih simpati saja tanpa ibu ayah dan keluarga.

PAHALA MENGALIR SAMA SEPERTI AMALAN ANAK-ANAK TAHFIZ

Dek kesibukan urusan harian, mungkin kita tidak sempat melakukan ibadah sebagaimana anak-anak tahfiz ini lakukan. Baca Al-Quran, khatam Al-Quran, Solat Sunat Tarawih, berjaga di malam hari dan menghidupkan amalan-amalan sunnah lain.

Namun janji Allah, pahala bagi orang yang bersedekah atau memudahkan urusan ibadah orang lain adalah sama! Mengalir terus dalam akaun saham akhirat penyumbang setiap kali anak ini melakukan walau sekecil-kecil ibadah.

BERI SINAR & SENYUMAN BUAT MEREKA

Jika sedikit sumbangan anda hari ini mampu memberikan sinar senyuman dan masa depan anak-anak yatim dan asnaf ini, sudikah anda hulurkan bantuan buat mereka? Mereka inilah pelapis ulama' kelak.

Bulan Ramadan penuh dengan keberkatan. Pahala berganda-ganda bagi setiap ibadah yang kita lakukan. Sedekah, ibadah yang nampak kecil tetapi besar impaknya pada penerima dan besar ganjarannya buat penginfaq. Mari sama-sama kita berkongsi rezeki dengan menaja iftar dan berikan bantuan buat para pelajar ini.

BANTU KAMI JAYAKAN PROGRAM MADRASAH RAMADAN WALAU SEKECIL SUMBANGAN

Bermula 3 April 2022 ini, Akademi Tahfiz Al Islah akan mengadakan Program Madrasah Ramadan selama sebulan berpuasa. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di satu kompleks yang dijadikan Madrasah Ramadan nanti dan akan dipenuhi dengan aktiviti ibadah selama sebulan.

Sertai kami untuk menjayakan program ini sambil menyumbang buat mereka, atau menaja makanan berbuka puasa atau menaja kelengkapan ibadah mereka. Moga Allah turunkan rahmat dan keberkatan pada anda semua.

"JOM INFAQ RAMADAN"

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut."

Sumbangan ini akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan aktiviti di sepanjang Bulan Ramadan.

🔸AKTIVITI-AKTIVITI RAMADAN :

Antara aktiviti kem ibadat Madrasah Ramadan ini adalah:

1) Berbuka puasa & bersahur bersama-sama

2) Qiamullail setiap hari

3) Tadarus Al-Quran setiap hari

4) Solat berjemaah setiap waktu

5) Hafazan Al-Quran setiap hari

6) Majlis tahlil setiap malam Khamis

MUNGKIN INI RAMADAN TERAKHIR BUAT KITA

Pernah tak kita terfikir adakah kita akan bertemu lagi pada Ramadan tahun depan? Jadi ayuh rebut peluang kumpul bekalan pahala sebanyak mungkin selagi diberi kesempatan. Semoga dengan infaq ini dapat melancarkan lagi program dan aktiviti pelajar tahfiz ini sepanjang bulan Ramadan.

“Ya Allah, rahmatilah penyumbang-penyumbang yang sudi menyumbang untuk pelajar-pelajar yang menjalani ilmu agama dan himpunkanlah mereka bekalan akhirat..”

Anda bukan hanya mendapat pahala puasa mereka, insha Allah asbab anda bersedekah ini, pahala mereka menghidupkan ibadah di bulan Ramadan, membaca Al-Quran, berzikir, solat sunat dan amalan lain turut mengalir pada anda. Aamiin..

PAKEJ TAJAAN MADRASAH RAMADAN:

Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan sumbangan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

PAKEJ 1: TAJA SEIKHLAS HATI  – RM10.00

PAKEJ 2: TAJA BERBUKA SAHAJA – RM50.00

PAKEJ 3: TAJA IFTAR, SAHUR & MOREH – RM150.00

PAKEJ 4: TAJA IFTAR, SAHUR, MOREH & KEPERLUAN IBADAT – RM300

PAKEJ 5: TAJA SEMINGGU MAKAN & KEPERLUAN ANAK-ANAK TAHFIZ – RM1,000

Bayangkan anda menaja 10 orang berbuka, anda mendapat pahala puasa sendiri + 10 pahala orang lain berpuasa, SETIAP HARI! Hulurkan sumbangan tajaan ikhlas anda di bawah.

Ramadan baru bermula beberapa hari lagi.. Ayuh rebut peluang tambah pahala sedekah Ramadan ini sebagai bekalan kita di sana.

Akademi Tahfiz Al Islah Global

No Akaun: 26601600017149

Bank: RHB Bank

Penafian: 

  1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.  Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.  

2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 014-392 1515 (USTAZ SAIFUL)