DI SAAT KITA MEMANDANG ANAK-ANAK KITA.. CUBA BAYANGKAN ADA ANAK-ANAK YATIM YANG SEBAYA MEREKA DI LUAR SANA TERBIAR NASIBNYA..

TIDAK AKAN MISKIN ORANG YANG
Berinfaq Ke Jalan Allah!

Hakikatnya, ramai anak-anak yatim yang hidup dalam serba kekurangan dan sering diabaikan. Sedangkan…

Nabi SAW bersabda: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim]

Sanggupkah kita melihat anak kecil yang hidup tanpa kasih sayang ibu bapa terus dalam serba kekurangan?

Lebih menyedihkan keperluan mereka juga sering terabai. Bayangkan jika ini berlaku pada anak dan keluarga kita. Inilah hakikat yang mungkin ramai tidak nampak. Dikala kita mempunyai keperluan yang cukup, anak-anak ini terus hidup dalam serba kekurangan.

Yang paling kita risaukan setelah kita mati bukanlah harta yang kita tinggalkan untuk anak cucu di dunia, tetapi harta yang akan kita bawa menuju alam seterusnya.

Harta yang kita ada akan ditanya di akhirat kelak. Yang benar-benar memanfaatkan kita adalah harta yang kita sumbangkan untuk membantu orang lain.

RM 1 JUTA RINGGIT DIPERLUKAN!

Bagi membiayai keperluan anak-anak yatim di 9 daerah Negeri Selangor

Pemberian wang saku hari raya

Pemberian barang keperluan asas persekolahan (Baju, Beg, Kasut dan Alat Tulis)

Pembangunan modal insan anak-anak

Memberi tempat perlindungan yang selesa

Mengurangkan bebanan kos operasi bulanan

Membantu lebih 8000 anak yatim dari 22 buah rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar dibawah YIDE di Selango

Anda boleh membantu mereka memiliki masa depan yang lebih baik

Anda sendiri mungkin tidak sanggup atau tiada masa untuk mengambil mereka menjadi anak angkat.

Anda juga mungkin tiada kemampuan sendiri untuk membina rumah untuk mereka.

Anda boleh bersama-sama membantu membiayai tempat mereka berlindung dan berteduh kasih dengan setiap ringgit yang anda infaqkan.

AMANAH MAIS

YIDE telah dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Penyelaras Kluster Kebajikan Anak-Anak Yatim di Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Pembangunan NGO-I MAIS.

RUMAH ANAK YATIM

Sebanyak 22 buah rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar dibawah YIDE perlu diselia dan memerlukan kos operasi

LAPORAN KEWANGAN

Ada laporan kewangan tahunan yang anda boleh trace satu per satu dan boleh didapati secara umum. Telus.

KEBAJIKAN ANAK YATIM

Dana sepenuhnya disalurkan untuk kebajikan dan keperluan anak yatim. Lebih 8000 orang anak yatim yang diselia meliputi 9 daerah dalam negeri Selangor.

Aktiviti YIDE

Semoga golongan yang prihatin ini menjadi sebahagian “tangan yang memberi” bertepatan dengan dalil Al-Quran:

“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) iaitu seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui”. (Surah Al-Baqarah: 261)

Majlis berkhatan anak-anak yatim

Penyerahan dana kos operasi pusat jagaan anak yatim

Penyerahan barangan keperluan sekolah

Program singgah sahur dan agihan duit raya kepada anak-anak yatim

Pengagihan kurma & daging korban kepada pusat jagaan anak yatim

Hakcipta © Yayasan Islam Darul Ehsan. All Rights Reserved